Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Mei 09, 2011

Kepercayaan Yang Salah?

kita biasanya akan dinasihatkan utk belajar rajin2. kemudian sambung ke universiti. kemudian kerja dgn kerajaan. sebab bila dah pencen masih ada pendapatan drpd pencen.

tapi jika kita nak kaya harta, janganlah kerja dgn kerajaan. selalunya kerja sbg pegawai kerajaan utk dpt manafaat kewangan dan bukan kewangan spt kemudahan perubatan, kerja dgn masa terhad, kurang tekanan utk pencapaian melebihi sasaran (jika ada sasaran). dan jadi pegawai kerajaan diandaikan jadi orang besar, kereta besar, rumah besar dan pelbagai lagi. sebenarnya, semua yg besar2 ini adalah manafaat bukan kewangan yg didapti drpd jawatan yg disandang.

dan ada juga yg nak kerja sbg pegawai kerajaan ingin hidup mewah. ingin hidup spt orang yg berniaga. maka mereka ini pun turut berniaga. kalau berniaga secara halal kira oklah. tapi bagaimana dgn yg 'menipu drpd segi timbangan'. mereka ini berurusan secara tidak amanah. dan di dunia pendidikan pun boleh berlaku. mendapat bayaran utk perkongsian tidak setimpal dgn yg sepatutnya sebab kita sebenarnya tiada ilmu atau kurang ilmu drpd sepatutnya.

maka sebenarnya rezeki ini telah diperolehi secara tidak amanah. alasan 'utk memberi makan dan minum anak bini/suami' tidak menghalalkan cara rezeki diperolehi. jika nak mewah atau kaya, kerja kuat dan bijak tetapi amalkan 4 sifat - siddiq, amanah, fatanah dan tabligh utk sejahtera dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: