Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Mei 07, 2011

Kuala Kangsar 7 Mei 2011

petang tadi saya di kuala kangsar. kali terakhir saya balik ke sana adalah pada 2005, menyambut 100tahun sekolah saya.

saya ke sana kali ini bersama seorang drpd pakcik saya. mengikut beliau, inilah kali pertama beliau kembali ke sana setelah meninggalkannya pada 1969. 42 tahun lamanya. dan semasa perjalanan keluar dari kawasan sekolah, beliau menyatakan bhw beliau tidak pernah terfikir akan memandu kereta di kawasan sekolah ini.

kenapa kami balik ke sekolah kami? itu soalan pakcik saya. jawapan saya, 'ada pelbagai sebab'. ada yg balik sebab nak tunjukkan kpd cikgu bhw kami dah boleh hisap rokok dan cikgu tak boleh buat apa. ada yg balik nak tayang bini/awek. ada yg nak tayang kereta/motorsikal. saya? sekadar mengimbas kenangan 5tahun di sana.

saya sempat berjumpa dgn cikgu azmi, cikgu kelas saya semasa tingkatan 1c pada 1980. beliau ada 5tahun lagi utk pencen. beliau mula bertugas di mckk pada 1980. terima kasih cikgu azmi.

1 ulasan:

OnE berkata...

wow, cebad ke oldboy weekend !