Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 17, 2011

Hari Guru 16 Mei 2011

semalam hari guru di malaysia. saya menerima banyak ucapan drpd bekas pelajar saya. terima kasih.

petang semalam saya berjumpa dgn seorang bekas pelajar saya. beliau ada terbaca blog saya berkenaan guru, perkataan sanskrit bermaksud kegelapan dan cahaya. beliau cadangkan kpd saya utk menjadikan satu poster ringkas tentang makna guru dan pamerkan di depan bilik saya. satu idea yg menarik.

ramai drpd graduan fsr menjadi guru. dan saya berjumpa 2 drpd mereka di smk nabawan 2, sabah pada bulan mei tahun lepas. mereka ini antara guru yg bertugas di pendalaman. alhamdulillah, mereka tinggal di bangunan batu, ada bekalan elektrik 24jam, ada bekalan air, dan hanya beberapa jam perjalanan dari kota kinabalu. insyaallah saya akan ke sabah lagi pada bulan julai utk melawat sekolah di sana, tetapi sekolah di daerah lain.

ramai yg jadi guru sebab ada ahli keluarga yg jadi guru. tapi janganlah jadi guru kerana terpaksa. kerana tiada pilihan kerjaya lain. ianya akan menyebabkan kita berdagang secara tidak adil. dan mengikut seorang bekas guru yg ditemuramah, ini akan menjadi masalah kpd ramai pihak. dan mengikut seorang ustaz, jika kita berdagang dgn timbangan yg tak adil, kita seorang munafik (penipu). halalkah rezeki kita tu?

kpd semua, selamat berguru. setiap hari adalah masa utk berguru, menuntut ilmu dan berkongsi ilmu. ayat pertama yg diturunkan kpd rasulullah s.a.w adalah berkaitan guru = ilmu = baca. jadilah guru yg memberi ilmu sebagai penerang di dunia, kubur dan akhirat. janganlah jadi guru ajaran sesat kerana kurang ilmu tetapi masih ingin nak jadi guru.

Tiada ulasan: