Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Mei 10, 2011

Give a Man a Fish...

pepatah cina (tak silap saya) yg dlm bahasa inggeris adalah 'give a man a fish, he eats for a day, teach a man to fish, he eats for a lifetime'. terjemahannya, berikan kpd seorang seekor ikan, beliau akan makan utk sehari, ajarkan seorang cara mendapatkan ikan, beliau akan makan seumur hidupnya'.

ianya berkaitan dgn ilmu. ianya boleh dikaitkan dgn ayat al-quran pertama yg diturunkan kpd rasululllah s.a.w. ianya menunjukkan betapa pentingnya ilmu kpd manusia. dan antara tujuan utama seorang berada di ipt sbg pelajar adalah utk mendapatkan ilmu. dlm mendapatkan ilmu, pelajar dan pengajar sama2 bertanggungjawab.

pengajar mesti amanah dlm menjalankan tugasnya sbg pengajar. pertama, pastikan kita sebenarnya berilmu dlm bidang yg ingin dikongsi. jika tidak, pelajar berkemungkinan tidak akan dapat ikan yg diingini. sekali tidak jujur mungkin tak disedari. tapi kalau diulangi, ketidakjujuran akan menyebabkan anda hilang penghormatan drpd pelbagai pihak.

dan pelajar bertanggungjawab utk belajar dgn seikhlas dan sungguhhati. sebab ramai yg mempunyai taruhan (stake) pada setiap pelajar. maka janganlah pula sampai menjadi kebiasaan menipu atau membawa masuk nota semasa peperiksaan. anda juga mungkin tidak dipercayai setelah diketahui sama ada ditangkap atau sebaliknya.

Tiada ulasan: