Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Mei 08, 2011

Komen Seorang Cikgu

semalam semasa di sekolah lama saya, saya dan kawan2 sempat berbual2 dgn seorang cikgu kami. kami sama2 mula lapor diri di tahun yg sama. bagi saya dan kawan2, kami hanya 5 tahun di sana. bagi cikgu azmi, tahun ini adalah tahun ke 32 beliau di sana.

kami komen tentang sukan dan sekolah. beliau bersetuju bhw sekarang, sukan diketepikan kerana fokus utama adalah akademik. malah ada ibubapa yg akan mengeluarkan anak mereka jika anak mereka tidak dpt beri perhatian kpd akademik sepenuhnya kerana sukan. ini berbeza dgn zaman kami pada tahun 80an.

kami bersetuju ini mungkin kerana sekarang tak macam dulu. dulu selepas peperiksaan percubaan spm, mereka yg cemerlang sudah dipinang oleh penaja utk melanjutkan pengajian ke luar negara. dan sekarang ramai yg dapat keputusan A atau A+ bg setiap subjek diambil utk spm. dan ianya juga berkaitan kpi pihak tertentu.

saya lihat proses pembelajaran di sekolah dan ipt tidak lagi menyeronokkan. maka ramai yg belajar utk lulus shj. bukannya utk mendapatkan ilmu supaya dpt digunakan selepas berada di bilik darjah atau kuliah. bacalah utk kebaikan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: