Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 31, 2013

Berjumpa Pakar Sakit Jiwa

banyak manafaat hadir konferens/persidangan akademik berbanding persidangan tertentu. semasa konferens berpeluang meningkatan 'network' dikalangan kawan lama dan baru. yg dekat dirapatkan, yg jauh didekatkan.

semasa makan tengahari tadi, saya berpeluang makan bersama dua pensyarah dari dua bidang berbeza. seorang memperkenalkan diri dgn nama shj dan kampus. yg seorang lagi juga memperkenalkan nama dan fakulti. yg memperkenalkan nama dan fakulti seorang arkitek. dan beliau bgtahu bhw beliau pernah belajar kaunseling bersama saya semasa awal 90an.

seorang kenalan baru sebenarnya sy pernah jumpa sebelum ini. dia pakai 'bow tie'. dia seorang doktor perubatan. bidang beliau adalah psikiatri atau pakar jiwa (kalau yg kurang enak - pakar orang gila). dia kenal dua rakan sekelas sy semasa mereka di ukm sebab rakan sekelas sy adalah seniornya di universiti. dan beliau kenal makcik sy sebab makcik sy juniornya di universiti.

insyaallah fakulti perubatan bersedia berkolaborasi dgn fsr (melalui saya) utk penyelidikan. terima kasih doc kerana mempunyai tahap kepercayaan dan keyakinan tinggi kpd saya. mungkin drpd perbualan pendek, mungkin berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja, mungkin kerana beliau kenal dan hormat kpd kawan dan kerabat sy di bidang perubatan.

Tiada ulasan: