Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Januari 16, 2013

Nikmat Makan dan Tak Makan

selalunya orang akan tanya makanan yg kita makan tu sedap ke. kebiasaan jika sedap kita akan kata sedap. dan selalunya kita akan tekun menikmati makanan yg sedap. maklumlah selalunya kita kata dapat makan adalah satu nikmat.

sudah tiga hari saya kurang selera makan. punca sebab terlebih menikmati makanan pada hari ahad. tengahari makan nasi arab. petang makan seketul kfc. malam makan 1 1/2 keping kambing stim. kesannya saya kurang selesa tidur pada malam tu. keesokkannya, isnin perut masih kurang selesa dan tak mahu terima kuantiti makanan spt biasa. hanya sedikit makanan dan minuman shj diterima.

semalam apabila saya timbang berat badan, alhamdulillah dah jadi 71kg. dah lama berat tak sebegini. semalam pun nikmat makan beberapa keping roti dan semangkuk mee. pagi tadi sy timbang lagi dan berat sy dah jadi 70.5kg. hmm sy berhajat utk berat 68kg supaya bmi adalah baik.

dan tadi setelah selera makan berkurang, saya nak makan lebih sikit utk makan malam. tapi tekak rasa kurang selesa. walau bagaimana pun sy bersyukur kerana walau makan sikit sy masih merasai ianya satu nikmat kpd sy.

Tiada ulasan: