Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 06, 2013

Sedare Mare

semalam ada sedare mare datang ke rumah untuk makan2 dan sembang2. tetamu utama tinggal dan bekerja di australia. terima kasih kpd semua yg dpt datang.

tidak semua dpt dijemput. maklumlah rumah kecil. makan semalam pun dibahagi kpd 2 tempat. ada yg makan di meja makan kat luar. ada yg makan di meja makan kat dalam. 20 orang dah penuh rumah. kebiasaan seramai 60orang. masalah bila nak kena beratur makan, duduk nak makan. jadi utk selesa tetamu dan tuan rumah, bilangan dihadkan. juga utk mudahkan. penyediaan dan pengemasan setelah makan.

makanan hanyalah sampingan walau pun jemputan utk makan. sebenarnya yg merapatkan kita adalah masa sebelum, semasa dan selepas makan yg digunakan sepenuhnya utk berkongsi masa semasa keluarga tak berjumpa. walau pun dgn teknologi yg ada sekarang, telepon, internet dsbnya, pertemuan dan keberadaan secara fizikal di ruang yg sama lebih disukai. mungkin sebab bila berjumpa, ada cas2 positif utk mendorong meneruskan kehidupan kita?

bagi saya, antara tanda2 kita kaya adalah kita punyai ramai sdare mare, yg kita senang berjumpa dan berhubungan. tapi malangnya, kebiasaannya, ada yg apabila dah senang sikit atau sangat banyak - hubungan sdare mare tak dijaga. jadi mereka ini harta dunia makin kaya, tapi hubungan sdare mare makin miskin.

Tiada ulasan: