Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 25, 2013

Perlukah Kecewa?

apabila berlaku sesuatu yg negatif yg tidak menepati jangkaan kita, kita biasanya berasa kecewa. pada peringkat awal mendapat tahu sesuatu yg negatif pada anggapan kita, kita akan berasa kecewa.

tetapi sbg seorang yg rasional (bukan berkaitan perkauman) iaitu seorang yg boleh berfikiran waras, kita akan menilai dahulu keputusan/maklumat negatif yg diterima. menggunakan ilmu yg ada, merujuk kpd mereka yg berilmu, maka ianya boleh membantu sama ada untuk terus kecewa atau kurang kecewa atau tiada rasa kecewa.

kebiasaan, orang putih nyatakan,'look at the silver lining of the cloud', yg bermaksud janganlah lihat kepada kekelaman sahaja tetapi kebaikan yg kita bakal dapat drpd maklumat yg sekarang negatif kpd kita. maka ianya memerlukan kesabaran berdasarkan pengetahuan.

maka bolehlah kita kecewa. tapi jangan berterusan. yg dah lepas, nak buat macam mana? fokus kpd yg mendatang. insyaallah ianya akan memberi kebaikan atau sesuatu yg lebih baik kpd kita.

Tiada ulasan: