Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Januari 03, 2013

Berjumpa Penyelia

tadii saya pergi berjumpa dgn penyelia utk phd saya. ianya tertangguh seminggu. saya mohon maaf kpd beliau. alhamdulillah maaf diterima. beliau mahukan sy lebih kerap berjumpa dgnnya utk memastikan saya fokus kpd phd saya. insyaallah.

kebiasaan memanglah majoriti akan cuak nak jumpa penyelia. berjumpa dgn mereka yg akan memberi teguran/maklumbalas kpd kita. dan kita cuak kerana kebiasaannya kita tak bersedia. saya dah kerap alami perasaan cuak nak jumpa penyelia berkaitan akademik. ianya sejak diploma lanjutan perakaunan pada awal 90an. ianya bersambung dgn sarjana di um. seterusnya dgn sarjana di uitm.

saya juga andaikan bhw pelajar dibawah seliaan sy yg kurang berjumpa atau tidak berjumpa dgn saya sebab mereka tidak bersedia ditegur. mereka tidak mahu menerima maklumbalas utk penambahbaikan penyelidikan mereka. dan spt yg saya pernah rasa dan buat, sebab ego..tidak jumpa penyelia keputusannya. ianya hanyalah menangguh sesuatu yg perlu dilakukan.

saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kpd en ho juan keng, pm dr haslee sharil lee abdullah dan prof dr normah yg pernah menyelia saya. sy juga berterima kasih kpd co-supervisor rasmi dan tak rasmi dulu2. kpd penyelia sekarang dan co-supervisors (elok saya tak sebut nama), terima kasih sudi menyelia saya utk phd saya. saya juga berterima kasih kpd mereka yg membantu secara langsung dan tak langsung dlm perjalanan phd saya. (hehehe..macam dah tulis penghargaan dlm laporan penyelidikan phd dah).

Tiada ulasan: