Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Januari 04, 2013

Tak berilmu Untuk Menghargai

tadi semasa nak balik ke rumah, saya lihat palang untuk masuk ke bangunan akademik 3 uitm shah alam telah diangkat oleh satu makhluk allah. sedihnya kerana palang tu baru sahaja dibaiki.

kenapakah tiada tindakan diambil terhadap mereka yg dianggap sbg pen'vandalisma' ini? kamera dah ada, jadi bukti dah ada. ambillah tindakan sewajarnya. adakah sebab ada pihak atasan yg melarang tindakan diambil? jika sebab itu maka yg bagi arahan tak betul tu memang tak amanah. tak sayangkan uitm.

hampir setiap minggu, minima 2kali seminggu operasi palang di bangunan akademik 3 dirosakkan. betulkah setiap kali kontraktor dipanggil, amak uitm terpaksa bayar rm1ribu. jika benar, maka jika purata 2kali seminggu darab 52minggu, ini bermakna uitm terpaksa keluarkan bayaran berjumlah rm104ribu setahun (minima) utk melayah tindakan biadap pihak tertentu. tindakan pecah amanah/merompak/menyusahkan ini dilakukan oleh pelajar sepenuh masa/separuh masa/staf. dulu gambar perompak2 telah dipaparkan. apakah tindakan diambil?

perompak memang tak berilmu. eloknya potong tangan. atau denda 10kali kos dibayar kpd kontraktor. 10% upah yg menangkap perompak. jangan lupa, jika pelajar - buang aje. jika staf turunkan pangkat dan denda tidak dinaikkan pangkat minima 10tahun. apa pandangan anda?

Tiada ulasan: