Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Januari 26, 2013

Beli Kereta

kebiasaan bg ramai orang adalah utk beli kereta setelah bekerja. kalau dulu kereta jarang2 dimiliki tetapi sekarang ianya antara kemestian bg graduan baru bekerja.

tahun 80an, di tempat letak kereta hep uitm shah alam, hanya sedikit shj kereta yg di letak di situ semasa waktu bekerja. pnesyarah hanya segelintir shj memiliki kereta. staf pentadbiran lagi sedikit. pelajar pula yg pandu kereta ke itm boleh dikira dgn jari yg diletak di hep. tetapi sekarangtempat letak kereta di uitm amatlah berharga. ramai pelajar yg sanggup disaman atau tidak menggunakan pelekat pelajar apabila meletak kereta di dlm uitm. duit lebih banyak dihabiskan utk kereta berbanding bahan pembelajaran?

rata-rata ramai yg baru beli kereta akan beli kereta baru. jarang2 yg beli kereta 2nd-hand atau terpakai. kenapa? mungkin urusan pembelian kereta baru lebih mudah. pinjaman lebih mudah utk beli kereta baru? sedangkan sebenarnya ramai graduan dan juga yg dah lama bekerja secara kiraan tidak mampu atau kurang mampu memiliki kereta yg harganya tinggi. dan kos selenggara pun tinggi.

saya dapati banyak kereta yg nilainya dlm kemampuan mereka yg ingin memiliki kereta. tetapi kereta terpakai. dan sbgmana sy nyatakan, seorang utk sesuai memiliki kereta yg harganya 10bulan gaji beliau. jadi kalau gaji rm2ribu hanya mampu beli kereta harga rm20ribu. lebih baik lagi beli kereta harga 5bulan gaji iaitu rm10ribu. jelas dan pasti matlamat memiliki kereta. jangan sampai menjadi masalah kpd diri.


Tiada ulasan: