Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Januari 28, 2013

Berkedai

mungkin kita tak pernah dengar perkataan berkedai. saya hanya terfikir sebelum taipkan tajuk. apa maksud berkedai? bahasa orang putih seberang selat inggeris adalah 'shopping'.

semalam saya pi berkedai kat kedai dekat rumah. senarai tugasan, pesanan, belian adalah bihun goreng, roti, tepung gandum, vitamin. jadi berdasarkan kpd senarai berkedai, saya perlu ke beberapa buah kedai.

singgahan pertama di gerai makanan menempah bihun goreng bungkus. kemudiannya ke farmasi. terbau cat, saya dimaklumkan kedai baru di ubahsuai. kos kesihatan bulanan melalui vitamin dll mencecah ratusan rm. berfikir positif, ianya murah kerana bersamaan sehari di hospital. kemudiannya ke kedai barangan dari negara china. seronok melihat pelbagai barangan utk idea kreativiti dan inovasi. beli lampu suluh dan lampu belakang basikal utk digunakan semasa berjalan dll. terakhir ke kedai runcit mamak. kedai sini sedang diubahsuai.

hasil berkedai sy dapati bhw orang kita hanya mampu berniaga di gerai makanan. tapi pendapatan sebenarnya lumayan. kedai farmasi di'kakitangan' oleh orang kita dan bangsa hindi. kedai serbanika barangan china di'kakitangan' oleh bangsa hindi, dan orang malaysia timur. kedai runcit mamak diuruskan oleh towkay dan dibantu ahli keluarga. seronok berkedai kerana setiap kali berkedai banyak pembelajaran.

Tiada ulasan: