Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Januari 12, 2013

Fitnah

tajuk khutbah jumaat semalam berkaitan fitnah. apabila digoogle perkataan ini dlm alquran didapati disebut sebanyak 16kali.apa maksud fitnah dlm bahasa arab. cari pakar bahasa arab dan tanyalah.

ada orang hidupnya bergantung kpd tipudaya. sama ada tipudaya secara perbuatan atau secara lisan. lisan termasuklah secara penulisan. mereka ini tidak segan silu untuk menipu. mereka tidak segan utk berbohong. yg penting bg mereka, mereka senang di dunia. kalau ada pihak lain yg susah akibat tipudaya mereka yg salah disisi agama, mereka tak kisah. janji pakar tipu ini dapat guna kereta mewah. janji dpt dok dlm rumah besar. janji dpt mewah sekarang.

mereka yg menipu utk senang di dunia adakalanya kerana riak. mereka ingin dihormati dgn kemewahan yg mereka miliki. mereka sebenarnya lupa bhw kemewahan adalah amanah. ianya akan ditanya. ianya akan dipertanggungjawabkan.

maka kemewahan adalah satu perhiasan dunia. ada disebut bhw harta dan anak2 adalah perhiasan dunia. dan ada yg berkata isteri, anak dan harta adalah cubaan kpd kita. jika kita ada ilmu dan gunakannya dgn betul, maka keluarga dan kenalan, serta harta yg diamanahkan akan membawa kpd kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: