Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Januari 13, 2013

Mengawas Peperiksaan

pagi tadi saya bertugas mengawas peperiksaan pelajar sarjana muda. sem ini saya ditugaskan sebanyak 3kali. oleh kerana sekarang sem diploma dan sarjana muda adalah berbeza, maka di uitm tugas ramai pensyarah adalah sepanjang tahun. bertugas tanpa henti. maka ramai yg mempunyai baki cuti tahunan yg banyak kerana kurang atau tiada masa utk bercuti.

pagi tadi kumpulan diawas adalah pelajar sem1. ianya bermakna mereka pertama kali menduduki peperiksaan di universiti sbg pelajar sarjana muda. memang, setiap pelajar sepatutnya cuba yg terbaik utk mendapat keputusan yg terbaik. dan ianya sepatutnya melalui persediaan dari awal lagi. sejak menjejak kaki pada awal semester setelah mengetahui kursus yg akan diambil pada sem tersebut.

walau bagaimana pun, ramai yg inginkan keputusan terbaik melalui usaha yg tidak baik. tadi saya alihkan 3pelajar kerana kelihatan macam tidak jujur. mereka spt berkomunikasi dan cuba meniru. jalan terbaik saya alihkan tempat duduk. dan saya nyatakan kpd mereka ini, 'janganlah kat sem satu dah tamat pengajian'. jika tidak mahu jadi pelajar uitm dgn mematuhi peraturan uitm, sila berhenti ajelah.

Tiada ulasan: