Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Januari 19, 2013

Jika Ikhlas

alhamdulillah, pengharapan utk program kebaikan bersama mendapat kelulusan tertinggi.

dlm hidup sebagai ahli sesuatu organisasi, kita mesti berusaha utk kebaikan organisasi. maka jika kita bertugas di situ, tugas hakiki kita utk membantu organisasi mencapai matlamatnya. selain matlamat penubuhan organisasi, akan terdapat pelbagai matlamat lain menyokong ke arah pencapaian matlamat penubuhan organisasi.

setiap kita perlu ikhlas dl membantu organisasi melalui menjalankan tugas yg telah diberi. ianya bermakna mematuhi arahan secara ikhlas. ada kalanya apabila kita tidak ikhlas kerana alasan tertentu, gunakanlah ilmu utk memahami tujuan arahan adalah utk kebaikan organisasi.

ramai yg bagi pelbagai alasan utk tidak mematuhi arahan menyertai program utk kebaikan organisasi. malah ada yg tanpa segan silu menyatakan kegembiraan secara terbuka di depan ketua kerana mempunyai alasan (yg kononnya kukuh) untuk tidak turut serta. walau bagaimana pun, ketidakikhlasan tersebut dinilai oleh pihak atasan, dan rakan sekerja.

apabila niat kita ikhlas dan baik, insyaallah ianya akan mendapat sokongan. maka kita tunggu reaksi 'makhluk' yg akan mencari alasan utk menyatakan ketidakikhlasan mereka setelah arahan drpd pihak tertinggi diberikan.

Tiada ulasan: