Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Januari 15, 2013

Tidak Seperti Diseliakan

srw 650 dan srw 655 memerlukan seorang penyelia kpd setiap pelajar. dan semua pelajar sarjana muda fsr sepenuh masa perlu mengambil kursus srw 650 dan 655. pelajar separuh masa hanya perlu ambil srw 655 shj.

petang tadi sebelum saya balik, seorang kawan singgah utk bincang prestasi pelajar seliaan beliau utk srw 655. beliau maklumkan kekecewaan beliau kerana ramai pelajar yg datang dihujung sem utk berbincang mengenai lapuran penyelidikan mereka. beberapa pensyarah yg saya temui juga menyatakan kekecewaan mereka dgn para pelajar yg tidak mengambil berat dlm menyiapkan lap penyelidikan mereka. ramai yg datang di minggu terakhir utk berjumpa dan pada perjumpaan seterusnya menyerahkan lapuran yg telah siap di'bind'. kandungan 'siap' sbgmana keperluan belum lagi pasti.

semasa kawan saya berada dibilik saya tadi, saya minta beliau menyemak satu drpd lapuran pelajar saya. baru perenggan pertama aje, beliau dah komen yg negatif. selama sepuluh minit beliau memeriksa lapuran tersebut, rumusannya yg saya turut setuju,'tidak lengkap'. pensyarah penyelia mempunyai tanggungjawab memastikan pelajar layak lulus kursus yg diambil dgn syarat memenuhi keperluan kursus.

jika diluluskan atau teruk lagi diberi gred 'a' sedangkan kualiti adalah sebaliknya, keputusan pensyarah tersebut akan terkena kpdnya semula. dan ianya akan diceritakan dan dikongsi kpd pihak lain. kesannya pensyarah tersebut akan tergugat kredibilitinya kerana penilaian yg tidak tepat.

Tiada ulasan: