Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 29, 2010

Nasi Kerabu

nasi kerabu dikatakan berasal drpd pantai timur.ianya dimakan pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. maknanya nasi kerabu boleh dimakan pada bila2 masa. ianya boleh dimakan tanpa lauk atau bersama lauk.

nasi kerabu ada berwarna putih. ada yg berwarna biru. tetapi dipanggil sebagai nasi kerabu hitam. nasi kerabu akan dicampur dgn budu, sayur2an yg dicincang, sambal belacan atau air lada, dan kelapa goreng (setelah dirincih?). selalunya dihidang dgn keropok ikan. lauk tambahan ada pelbagai spt telur masin, daging bakar, ayam percik, ikan percik, dan pelbagai lagi.

kebiasaan jika saya ada tugasan di negeri saya, saya akan singgah di sebuah kedai yg lebih dikenali dgn ayam perciknya. ayam percik ini akan dimakan dgn nasi kerabu. saya akn minta juga solok lada. maka utk juadah berbuka hari ini bagi keluarga saya adalah nasi kerabu yg dibeli di bazar ss18 subang jaya. selamat berbuka puasa kpd semua.

Tiada ulasan: