Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 28, 2010

Jom Kaya 2

apakah erti kekayaan kpd anda? ramai ingin kaya drpd segi material. maka ramai akan sanggup lakukan pelbagai cara termasuk yg tidak halal atau haram utk kaya. tapi spt kata seorang pakcik, 'nak menunjuk kat siapa?'. kaalu niat nak kaya sbb nak menunjuk2, dah membuat kita jadi kaya dgn riak.

islam itu mudah. bacalah dua kalimah shahadah. seterusnya jom kita solat. solat wajib adalah 5kali sehari semalam. bermula dgn solat subuh, diikuti dgn solat zohor, diikuti dgn solat asar, kemudiannya solat maghrib dan terakhir solat isyak. kesemuanya 17rakaat. rakaat pada setiap waktu solat adalah subuh (2), zohor (4), asar (4), maghrib (3) dan isyak (4). jumlah rakaat dlm sehari adalah 17 sahaja. bukannya beratus2. dan apabila kita solat 5waktu, kita akan mengucapkan dua kalimah shahadah sekurang2nya 9kali dlm sehari. senangkan utk jadi islam dan mengingatkan kita adalah islam.

selepas habis solat bacalah subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar, dan selawatlah kpd rasulullah s.a.w. sbg islam, setiap kebaikan kita buat akan membolehkan kita mendapat ganjaran pahala drpd Allah. bahkan, sbg seorang muslim, senyuman kita yg ikhlas akan memberi ganjaran kpd kita. senangkan nak jadi kaya.

Tiada ulasan: