Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 15, 2010

Perancangan dan Kerja

Kita dinilai drpd hasil kerja kita. bukan drpd betapa sibuknya kita pada setiap hari. dan utk mencapaikan hasil tidak semestinya semua cara dibenarkan.perlulah ikut peraturan. peraturan pun mesti pastikan bidang keberhasilan. rancang tanpa hasil tak produktif.

semasa saya di swasta, bilangan pelanggan utk dijaga ditentukan oleh pengurus besar. pada satu masa saya pernah dpt 40syarikat utk dijaga. saya rancang tugas tahunan saya menggunakan kalender tahunan. dan setelah kalender disiapkan, saya dapati bhw ada beberapa bulan saya tiada kerja utk dilakukan kerana kebiasaannya syarikat tutup akaun pada bulan2 tertentu shj. maka apabila pengurus melihat saya banyak masa, diandaikan bhw saya tidak produktif. sedangkan yg memberi kerja adalah beliau.

sebagai ketua kita akan tetapkan tugasan orang bawahan kita. di tahap tertinggi akan tetapkan hasil utk dicapai secara umum. dan mereka dibawah kita akan dimaklumkan hasil dijangkakan drpd mereka. ini antara sebab saya suka jadi pensyarah. tugas dan tanggungjawab pensyarah amat jelas dan tidak banyak berbeza pd setiap tahun.tetpi yg memeningkan kepala adalah tugasan tanpa perancangan yg diterima pada saat2 akhir.

Tiada ulasan: