Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 16, 2010

Berbuka Bersama Staf UPK

hari ini insyaallah, saya akan berbuka dgn staf upk saya. pada asalnya bercadang utk berbuka di tepi kolam renang. setelah dianalisis bersama, dipersetujui bhw kos adalah penting. asalnya kos boleh mencecah lebih rm200. setelah ditukar tempat, anggaran kos rm60.

maka kami akan berbuka di pejabat shj. dan bersama2 menyumbangkan sedikit rm. ada juadah ditempah drpd intekma resort. ada juadah yg dibeli di bazar ramadan. harapan menggunung utk makan ayam golek. tadi dah staf pi tengok kat wisma mais, dukacita tiada ayam golek. harap2 dia dapat beli ayam golek ala 'arab'.

apakah yg penting utk berbuka? juadah? keselesaan? saya maklumkan kpd mereka yg mengajak saya berbuka bhw sila pastikan ada tmpat utk solat maghrib. dan jika di hotel, saya suka solat maghrib selepas berbuka dgn beberapa biji kurma dan segelas air. nak mengelak drpd berebut2 utk solat bersama majoriti pengunjung ke hotel/restoran yg ingin solat maghrib setelah jam 8mlm.

Tiada ulasan: