Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 22, 2010

Ikan Bakar

keluarga saya suka makan ikan bakar. jika saya ke luar stesen, saya akan cuba cari kedai atau gerai yg jual ikan bakar. semalam antara juadah berbuka adalah ikan siakap bakar. hari ini pun ada ikan siakap bakar. hasil bakaran adik saya.

jika saya ke gerai makan berhampiran rumah saya,antara menu yg dipesan adalah ikan bakar. selalunya ikan pari bakar.kalau yg kecik, ikan tuko (apa ejaan tepat?) bakar. saya pernah makan ikan yu bakar di atas pulau. penat berenang mengheret ikan spenajang 4 hingga 5 kaki. tapi makan sikit aje. tak habis seekor makan seorang dan secara beramai2.

kalau ke melaka, saya akan cuba ke umbai. untuk menikmati ikan bakar dan pelbagai masakan laut. ianya amat segar (terjemahan terus -its fresh). di kuantan saya dah was2 nak makan ikan bakar di tanjung lumpur. satu kerana ikan tak segar. dua kerana ada towkay kedai yg sombong kpd orang makan secara berjimat.

di kota bharu ada ikan bakar mono (tak ada sos perasa). di terengganu selalunya ikan celup tepung goreng. di johor ikan siakap bakar dan ikan pari bakar. (ikan jacket ada juga di desaru). di negeri sembelan dihidang dgn ikan asam pedas. di kuala tahan tidak dihidang lagi ikan bakar. di jeram selangor,ikan bakar - jenahak dsbnya. di kuala perlis ikan siakap bakar. di kota kinabalu, pelbagai ikan bakar dan murah.

Tiada ulasan: