Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 17, 2010

Kedai Buku

Apakah lambang sebuah buku kpd masyarakat? apakah lambang sebuah kedai buku di universiti kpd masyarakat dalam dan luar universiti? berapa ramaikah diantara warga uitm, staf dan pelajar yg pernah ke kedai buku koperasi uitm? berapa ramaikah diantara staf dan pelajar uitm yg pernah membeli buku di kedai buku koperasi uitm di shah alam? saya belum membuat sebarang kajian rasmi berkaitan perkara ini. tapi jika ada yg sudi berkongsi maklumat, saya bersedia menerimanya.

kedai buku selalunya dikatakan gedung ilmu selain drpd perpustakaan (khutub khanah). saya suka ke kedai buku. pelawat ke bilik saya di uitm dan ke rumah saya boleh melihat bukti tersebut. saya mempunyai bilangan buku yang banyak. tapi saya tak tahu adakah bilangannya sehingga 1,000buah. buku2 ini saya beli di dalam dan di luar uitm. ada yg saya beli secara on-line.

saya suka melihat bilangan buku dlm bilik pensyarah. saya juga suka melihat dan mengetahui bilangan buku yg dimiliki oleh pelajar. walau pun sekarang zaman ICT, selalunya minat membaca buku dikaitkan dgn minat menambah ilmu.

Tiada ulasan: