Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 18, 2010

Bersabar Kawan

catitan demi catitan menunjukkan kawan saya akan ke arah negatif dlm kehidupan berumahtangga. apa yg ingin dielakkan seperti sudah tidak dapat dielakkan lagi. catitannya lebih kpd keluhan.

kawan ini suka bercerita tentang jodoh. tentang keluarga. tentang anak. dahulunya apabila bercerita, beliau akan kelihatan ceria. selalu tersenyum. tetapi sekarang adalah sebaliknya. cerita tentag jodoh, berkeluarga dan beranak lebih kpd nasihat. nasihat utk mengelak keruntuhan rumahtangga. walaupun beliau tidak nyatakan akan apa yg sedang beliau hadapi.

seperti dlm catitan terdahulu saya dan ramai drpd kita tahu, jodoh ketentuan Allah. jika sudah jodoh kita, tidak ke mana selain kpd kita. spt juga rezeki. sebaliknya, jika dah bukan jodoh kita, menangis airmata darah pun tak berguna. bukan semua orang akan mendapat kebahagian drpd berumahtangga. mungkin pilihan kita silap. anggaplah ini adalah dugaan.

saya cadangkan kpd kawan utk luahkan juga kesedihan melalui menangis. ianya tidak akan mengurangkan kelakian kita. juga, kalau boelh, luahkan kemarahan kpd punching bag. tumbuklah dan lepaskan geram sehingga kita penat. ianya baik utk kita.

Tiada ulasan: