Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 16, 2010

Puasa di Kuala Kangsar

saya berpeluang berpuasa di bandar di raja perak, kuala kangsar pada tahun 1980-1984. ianya merupakan kali pertama buat saya berpuasa jauh drpd keluarga.

pada tahun 1980, kami diajar makan menggunakan sudu dan garfu. apabila makan di dalam 'tray' besi maka kedengaranlah setiap kali kami makan dendangan lagu2 yg tidak merdu. malah pernah terjadi seorang pengawas keluar drpd dewan makan kerana tidak tahan dgn muzik ciptaan kami pada tahun 1981.

di asrama, masa makan dimaklumkan dgn bunyian loceng oleh pengawas bertugas. apabila di asrama, kami (yang bernasib baik) akan menerima bungkusan yg mengandungi sambal daging, sambal tumis dan pelbagai lagi juadah utk ditambah kpd juadah berbuka di asrama. ada keluarga yg datang melawat kami selain drpd menghantar bungkusan melalui pos. bagi yg tidak mendapat lawatan atau bungkusan drpd keluarga di kampung, kami akan yg bernasib baik akan berkongsi rezeki yg ada.

selepas terawih/persediaan malam kami ada makan malam (supper). seingat saya menu yg menarik adalah laksa kuale. menu utama yg tetap ada utk sahur adalah telur masin (separuh). saya tidak tahu sampai sekarang siapakah yg menyediakan menu berbuka dan bersahur, dan adakah diambilkira khasiat diperlukan oleh kami yg sedang membesar.

pada tahun 1982, kebetulan bulan puasa adalah juga berlangsung piala dunia 1982. setelah perlawanan jam 4pagi, kami akan ke dewan makan utk bersahur. sekarang saya cuba hadir utk majlis berbuka bersama2 sahabat yg dikenali bermula 1980 pada setiap tahun , jika diizinkan Allah.

Tiada ulasan: