Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 09, 2010

Jodoh

antara yg kita tak dapat pastikan adalah jodoh dan rezeki, serta ajal.kita tidak tahu bila ajal kita. kita tidak tahu bila dan berapa rezeki kita. kita juga tidak tidak tahu bilakita akan dipertemukan dgn jodoh, siapa jodoh kita dan berapa lamakah jodoh kita dgn pasangan kita.

saya mengikuti catatan blog seorang kawan saya. setelah sekian lama, saya andaikan apa yg selama ini saya jangkakan telah menjadi kenyataan. dan jika benar, kenyataan itu amatlah pahit bagi kawan saya. walau pun pelbagai usaha telah dia lakukan, namun kenyataan tidak seperti yg beliau mahu. saya doakan dan berharap agar beliau tabah menghadapi dugaan yg amat besar dan pahit ini. saya doakan beliau dipertemukan dgn jodoh yg lebih baik utknya.

ada diantara kenalan saya yg masih lagi bertemu jodoh. ada yg kehilangan jodoh melalui kematian. seorang sahabat kematian isterinya beberapa tahun yg lepas kerana barah. ada yg kehilangan jodoh kerana tidak lagi serasi. ada yg bertemu jodoh beberapa kali lagi. Jodoh adalah di tangan Tuhan. sebagai hambaNya, kita redha dgn ketentuanNya.

Tiada ulasan: