Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 08, 2010

Homestay di Kg Sg Sireh 1

setelah tamat ceramah dan sedikit jamuan di sk puncak alam2, saya memandu ke tanjung karang. ada program peers bersama pelajar antarabangsa bertajuk 'aspirasi kampung'. pengarahnya adalah saudara naim.

beberapa kilometer sebelum sampai di kg sg sireh seperti dinyatakan dlm google map, saya singgah di stesen petronas. saya ingin mengisi minyak dan membeli minuman. alhamdulillah,kerana ringan mulut utk bertanya, saya mendapat panduan mudah dan jelas utk ke kampung yg ingin dituju. saya ingat kata pepatah 'malu bertanya, sesat jalan'.

seramai 9pelajar antarabangsa turut serta dlm program kali ini. hanya seorang shj lelaki, Sajid drpd Jordan. yg lain2 drpd german, jepun, iran dan fiji. pelajar peers lelaki hanya 3 orang shj, naim, wan dan aswad. yg lain2 memang ramai nak ikut serta, tetapi spt biasa ada pelbagai program lain perlu diikuti.

saya cadangkan kpd peers jika berminat, kita adakan KAF atau KAP di kg sg sireh. ada pelbagai kemudahan dan tempat utk dilakukan aktiviti. tahniah kpd naim dan ajknya yg berjaya mengendalikan program dgn jayanya. jangan serik ya.

Tiada ulasan: