tadi seorang lagi pelajar datang bertemu saya utk diseliakan oleh saya bg laporan penyelidikan pada semester hadapan. beliau turut mewakili seorang kawannya yg cedera. jadi tidak dpt bertemu mata dgn saya. krn cedera di mata.
saya terima dgn hormat dan hati yg terbuka jika pelajar inginkan saya sebagai penyelia laporan penyelidikan mereka. saya ingatkan kpd pelajar dan saya bhw proses melengkapkan laporan penyelidikan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran bersama. saya ajar, pelajar belajar. pelajar belajar, saya pun belajar. bersama kita tingkatkan ilmu pengetahuan dlm sukan dan rekreasi. cuma saya fokuskan kpd kaunseling dan sukan.
semalam saya terserempak dgn seorang pelajar yg tidak dpt sempurnakan LPnya pada semester lepas. beliau menyatakan krn menguruskan keluarga. semasa terserempak dgn saya, beliau nyatakan akan maklumkan kpd saya status beliau pada sem ini. sehingga waktu ini, saya belum mendapat makluman beliau. begitu juga status seorang lagi pelajar yg sepatutnya melakukan LP dgn saya sem ini. pelajar seorang lagi yg sedang melakukan latihan industri pada sem ini juga sepatutnya menghubungi saya utk berjumpa pada minggu ini. tetapi juga membisu. jika ingin lengkapkan LP pada sem ini, sila maklumkan kpd saya segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan