Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 09, 2010

Rezeki Periuk

rezeki periuk adalah terjemahan utk potluck. pagi tadi di fsr diadakan pot luck anjuran staf pentadbiran. saya jengok sekejap sebelum ke kuliah jam 11.30pagi. saya tidak jamah sebarang makanan kerana tiada membawa periuk utk dikongsi.

setelah kuliah pada 12.30tgh saya jengok lagi. kebetulan tda dan 2pensyarah sedang menjamu selera. tda mempelawa saya makan sama2. saya bertanya dahulu kpd kawan2 pentadbiran jika ada kutipan rm utk yg tiada bawa periuk. saya dimaklumkan tiada kutipan tetapi saya dijemput makan hidangan yg ada.maka setelah mendapat 2jemputan, saya pun tak boleh menolak lagi.

alhamdulillah, memang btul2 pot luck. rezeki saya murah. saya bernasib baik. maka bertambah besarlah pot belly saya (perut). tapi kita kena berjaga2 pemakanan kita dan senaman kita, elakkan drpd mempunyai pork belly, perut spt babi.

ramadan ini memberi peluang utk direhatkan beberapa bahagian tubuh badan kita drpd memproses makanan. jadi ramai juga yg menggunakan ramadan utk memperbaiki berat badan supaya kembali sihat setelah 11 bulan makan sepanjang berjaga dlm sehari. saya pun tidak terkecuali.

Tiada ulasan: