saya cuba elakkan drpd pelajar2 saya menjadi ayam masak merah. jika kita menjadi ayam masak merah, kita akan kepenatan, dan kita akan kemarahan kpd mereka yg sepatutnya menjlankan tugas dan tanggungjawab mereka.
menjadi pengarah dipandang seronok oleh kebanyakan orang. pelajar berpeluang menjadi pengarah projek utk kursus diambil atau utk program kokurikulum dan aktiviti persatuan. tadi saya makan tengahari bersama penasihat 2 peers dan pengarah aspirasi kampung. saya bertanyakan isu2 sebelum, semasa dan selepas projek dijalankan. ianya utk penambahbaikan dimasa hadapan.
bukan mudah untuk menganjurkan sesuatu program dgn jayanya. lebih mencabar apabila hanya 40% sahaja drpd ajk yg bekerjasama dan hadir utk perbincangan, persediaan dan pengurusan projek. ini akan menyebabkan pengarah sendiri yg terpaksa buat kerja utk 60% ajk yg hilang tanpa berita. maka pengarah dan 5ajk lain menjadi ayam masak merah. sampai putih kerana ditepung2 tawar.
saya pun belajar sedemikian juga. apabila kita dipertanggungjawabkan, lakukanlah tugas sehingga selesai. jangan biarkan tergantung2. reputasi dan integriti kita bergantung kpd hasil kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan