bermula jam 9.15pagi tadi, disediakan perkhidmatan saringan kesihatan oleh pelajar FSR dibawah seliaan en Mahenderan. saya kebetulan menjadi pesakit(?) pertama disaring. walau bagaimana pun, saya meminta diambil semula tekanan darah setelah kelas srb201 pada jam 12.30tgh tadi.
antara yg dilakukan adalah pengukuran tinggi, pengukuran berat badan, pengukuran kandungan gula, dan kolesterol, serta bmi. alhamdulillah, mengikut penyaringan tadi, saya di peringkat normal kecuali utk bmi, saya terlebih drpd normal (sedikit). maka saya amat mengalu-alukan kedatangan ramadan utk membantu pengurusan lebih abik bagi kesihatan saya.
kakitangan kerajaan yg berumur lebih drpd 40tahun digalakkan melakukan penyaringan kesihatan pd setiap tahun. sebelum hari ini, saya telah lakukan pemeriksaan kesihatan saya pada bulan januari 2010. dan saya sepatutnya pergi semula ke pusat kesihatan utk pemerikasaan susulan pada April 2010. tetapi saya tidak pergi.
sama ada kita hendak atau sebaliknya, kita mesti lakukan saringan kesihatan. jika tiada penyemakan tahap kesihatan dilakukan, bagaimana kita akan tahu sama ada tindakan untuk penambahbaikan kesihatan kita diperlukan. lebih abik sentiasa diingat2kan drpd terus tiada peringatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan