Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 11, 2010

Kenangan Puasa di ITM

saya sempat berpuasa di ITM semasa pengajian diploma,diploma lanjutan dan profesional. pelbagai kenangan saya alami. ada yg seronok, ada yg mungkin kurang seronok.

semasa pengajian diploma saya menginap di kolej jati dan delima. semasa di kolej jati, kami selalunya berbuka di kolej jati sahaja.akan ada yg keluar membeli sedikit juadah tambahan untuk berbuka. yg ada motorsikal (time tu tak ramai yg ada motorsikal, yg ada kereta boleh kira) akan mewakili rakan2 serumah utk mengambil 'ration' di dewan makan.kami akan kirimkan kad2 makan kami sebagai bukti kami layak mendapat juadah berbuka drpd dewan makan.

semasa di kolej delima, saya menjadi ajk makanan wakil blok. seingat saya, saya mungkin tidak pernah berbuka di dewan makan delima. kami akan bergilir mengambil makanan utk berbuka. dan kami akan berbuka di bilik sahaja, paling ramai enam orang (drpd 3 bilik) berbanding 10 orang serumah di jati.

sahur selalunya di kolej jati (rumah) atau di delima (bilik) setelah diambil makanan utk sahur awal2 lagi. dan akan ada minuman yg dimasak sendiri sbg tambahan kpd yg didapati drpd dewan makan. tiada kedai makan atau gerai makan yg dibuka untuk bersahur di dalam kawasan kolej (rasa2nya).

tiada banyak bazar ramadan masa itu. seperti sekarang, penjual2 gerai makan akan berkumpul di sekitar kedai2 di seksyen 2 shah alam. belum ada seksyen 7 shah alam kecuali intekma resort. kalau ada yg rajin akan ke kompleks pkns utk mencari juadah2 yg dijual di situ. tiada berbuka atau bersahur dgn kfc atau mcd (belum ada lagi di shah alam). kehidupan adalah ringkas dan tak banyak kerenah.

Tiada ulasan: