saya sertakan gambar sebahagian drpd 100pelajar yg hadir utk ceramah saya 'motivasi dan berjaya'dlm facebook saya.pada asalnya saya ingatkan pelajar drpd tahun2 berbeza. ini berdasarkan kpd fizikal mereka yg hadir. setelah saya bertanya, saya mendapat kepastian bhw semuanya pelajar tahun 6.
ceramah atau pembentangan mesti disesuaikan dgn pendengar atau audien kita. pada asalnya semasa menyediakan bahan utk ceramah, ianya lebih sesuai utk pelajar di ipt. setela saya semak sebelum ke sekolah, dan semasa mendapat maklumbalas drpd pelajar semasa ceramah, saya sesuaikan ceramah saya dgn tahap kefahaman pelajar.
soalan saya 'siapa tahu apa itu motivasi' memberi maklumbalas negatif. mereka tidak tahu apa itu motivasi. kalau ada yg tahu mungkin segan nak bagitahu kpd saya. maka saya kaitkan dgn bolasepak piala dunia baru2 ini. saya kaitkan dgn penonton memberi semangat kpd pemain2. alhamdulillah barulah mereka faham sedikit.
pada awal sesi, hanya sedikit yg bermotivasi. alhamdulillah, pada penghujung sesi, jawapan kpd soalan saya 'siapa bermotivasi'dijawab dgn suara yg penuh keyakinan oleh pelajar "SAYA!!!".maka saya andikan ceramah saya berjaya sampaikan konsep motivasi kpd pelajar sk puncak alam2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan