Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 06, 2010

Batik

Keluarga saya telah lama terlibat dgn batik. arwah nenek saya seorang peniaga batik di pasar lama kota bharu, kelantan. ibu saya berniaga batik dgn kawan2 dan kenalannya. sekarang adik saya pula berniaga batik. saya pernah melawat ke rumah saudara yg mengusahakan batik melalui canting dan menggunakan mcm sterika(?)

semasa kecil saya akan melawat ke gerai batik nenek saya apabila saya balik ke kampung. saya anggarkan gerai nenek saya seluas 8kaki x 6kaki. kali terakhir saya ke gerai tersebut pada tahun 70an. jadi anggaran saya mungkin tidak tepat. seingat saya, apabila saya ke gerai nenek, beliau akan memberitahu kpd mereka yg disekitar dan memperkenalkan saya. bangganya apabila nenek yg disayangi bangga dgn kita.

dipejabat terdapat mereka yg berniaga batik. mencari rezeki tambahan. sekarang ramai yg mengiklankan batik utk jualan melalui internert. adik saya tidak terkecuali. beliau iklankan melalui laman 'facebook' beliau - shahrilbatik. jadi saya pun tolonglah promote juga. jika ada yg berminat, silalah hubungi beliau.

Tiada ulasan: