Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 06, 2010

Satay di Hari Raya Puasa

Satay atau ada yg mengejanya sbg sate. satay adalah daging (ayam,kambing,lembu dsbnya) yg telah diperam dgn perasa dan kemudiannya dibakar di atas arang. bukan senang utk membakar satay. boleh jadi kurang masak ataupun hangus.

pada pagi raya di rumah nenek, selalunya adalah tugas saya utk memanaskan satay utk dinikmati dipagi raya dikalangan keluarga. biasanya kami tempah 300-400cucuk satay. pada raya tahun lepas kami tempat 600cucuk. sebabnya di dlm rumah shj dah ada 60orang yg berkumpul utk beraya.

sebagai pembakar/pemanas satay, saya selalunya akan mencuba dahulu di malam raya. dan pada pagi raya saya juga antara yg terawal mencuba satay. saya jangkakan saya seorang sahaja makan 20-30cucuk satay. ada saudara2 saya yg boleh makan lebih drpd itu. tetapi dukacita pada raya lepas, banyak satay yg terbuang kerana satay daging yg dibekalkan kebanyakan liat.

saya telah pun pencen (?) drpd memanaskan satay pada pagi raya. tugas ini telah saya serahkan kpd sepupu saya pd beberapa tahun yg lepas. pada tahun lepas sepupu saya serahkan kpd sepupu yg lain. tetapi petugas baru terlupa (?) tugasnya utk memanaskan satay di pagi raya. tahun ini satay raya sekali lagi tidak dinikmati di rumah nenek kerana kami semua dijangkakan beraya di sini. nenek saya uzur kerana angin ahmar dan kini berada di sini, jauh drpd rumahnya di kampung.

Tiada ulasan: