Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 14, 2010

Patin Masak Tempoyak

selalunya saya dapat makan ikan patin masak tempoyak apabila saya di jerantut ataupun bila singgah di r n r temerloh. jika saya sudah makan, saya kan bungkus utk dibawa balik ke rumah. adakala saya dapat menikmati patin masak tempoyak di kuala tahan, jerantut.

dua hari lepas saya menikmati patin masak tempoyak dibungkus drpd intekma resort. untuk bulan ramadan tahun ini, bertemakan 'kembali ke desa', patin masak tempoyak adalah menu harian di intekma. kuahnya pekat, best! kalau bungkus, seketul rm1.80 aje. berbeza jika beli atau makan di r n r temerloh, patin sangkar rm7 seketul dan patin buah rm12 seketul. tapi saiznya memanglah berbeza. saiz drpd intekma cukuplah mengubat rindu makan patin masak tempoyak. kalau yg ingin hidangan dan pilihan lebih banyak, pergi ajelah buffet ramadan di intekma resort, sek7 shah alam. sehingga 17ogos, rm35/pax. bermula 18ogos rm43/pax.

saya mula mengenali patin ni rasa2nya pabila program uitm di taman negara. kalau tersilap, maaf ye. maka jika ke kuala tahan, sedaya yg boleh cuba adakan masakan patin asam tempotak sebagai sebahagian drpd menu di situ. cuma saya tidak tahu apakah khasiat makan ikan patin.

Tiada ulasan: