Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 23, 2010

Pertanian adalah Perniagaan

ini adalah 'tagline' kementerian pertanian. saya setuju. pertanian boelh jadi satu sumber pendapatan yg lumayan jika beberapa syarat dipenuhi.

tadi saya berbuka dgn seorang kawan dan isterinya. dia seorang drpd yg mengajar saya tentang menjadi kadet. dulu beliau seorang dibidang hrm di sebuah syarikat glc. kemudian beliau berhenti setelah berbelas2 tahun setia di glc tersebut. puncanya, ada yg ber-phd di tempat kerjanya. yg sedihnya,orang kita. kalau kita fikir kita seorang muslim, phd tak ada. kerja pun seronok dan amanah.

beliau sekarang seorang petani. beliau mengusahakan tamanan cendawan. saya cadangkan usahakan juga sarang burung. tetapi perlu tempt sendiri dan tinggal berhampiran. sekarang, tanaman cendawannya menunjukkan kejayaan. sedihnya, tuan tanah walau pun dah buat perjanjian sewa naik setelah 3tahun, baru setahun lebih dah nak naikkan sewa.

saya andaikan tuan tanah nak usahakan sendiri tanaman cendawan apabila melihat kejayaan kawan. nenek pun ada phd juga? kita bekerja, berniaga, berusaha, belajar biarlah sebagai seorang muslim. barulah berkat.

Tiada ulasan: