Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Sabtu, Ogos 14, 2010

Buku Kisah Nabi Muhammad s.a.w

antara buku yg jadi kegemaran saya membaca adalah buku berkaitan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. pelbagai buku telah saya baca tentang kisah baginda, rasul Allah ini. antara yg menjadi kegemaran saya dan dibaca berulang2kali adalah 'Muhammad - his life based on the earliest sources' oleh Martin Lings.

Saya mula membaca buku ini yg dimilikki oleh adik saya. buku tersebut telah dibeli dgn bantuan adik ipar saya di sebuah kedai buku di Pudu. setelah membacanya, saya minta tolong adik saya beli beberapa buah buku ini utk saya hadiahkan kpd mereka yg tertentu. kemudiannya saya berjaya mendapat buku asli melalui pekan buku um di wisma mais , sek 3 shah alam. ianya terpaksa ditempah dan dlm masa sebulan sampai di pekan buku shah alam.

saya ada buku tersebut dlm bahasa melayu. tetapi apabila dibaca, keseronokan adalah lebih bila embaca buku tersebut dlm bahasa inggeris. yg menariknya, buku ini menceritakan bagaimana ayat2 tertentu diturunkan spt masa dan tempat dan berkaitan semasa apa sedang berlaku. mereka yg suka membaca tentang kisah rasulullah memaklumkan kpd saya bhw mereka turut membaca buku ini. seorang pakcik saya pernah membacanya bertahun2 dahulu.

sesuai dgn ayat alquran pertama diturunkan kpd rasulullah s.a.w, 'iqra...' pada bulan ramadan yang mulia, saya sarankan anda mencari dan membaca buku ini. insyaallah, saya harap anda dpt menghayati pengorbanan rasulullah s.a.w. dan mengubah anda menjadi seorang muslim yang lebih baik.

Tiada ulasan: