Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 19, 2010

Kerja Kerja Kerja

ada orang kerja di pejabat. pergi pagi pulang pukul 5tepat. tapi di bulan puasa ramai yg ambil pilihan pulang jam 4.30ptg.

kerja adalah aktiviti dlm kehidupan. biasalah orang tertunggu2 utk tiba masa pencen. kononnya bila pencen, dah tak payah kerja. itu zaman dulu2. bila pencen umur 55tahun, tak ramai sampai umur 60tahun. maka duit pencen cukup utk sara hidup selepas pencen. tetapi sekarang lain. pencen dah naik ke umur 58tahun. ada ura2 akan naik ke 60tahun.

hakim pencen pada umur 65tahun. pensyarah jika diperlukan boleh kerja secara kontrak sehingga umur 65tahun. kebiasaan kerja yg guna pemikiran boleh kerja lebih lama drpd yg gunakan tenaga empat kerat. semakin tua selalunya semakin kurang daya bekerja guna fizikal.

bekerja membolehkan kita menggunakan ilmu yg kita pelajari. dan biasa juga berlaku mereka yg pencen setelah beberapa minggu akan rasa bosan duduk saja2 di rumah. sebab bekerja membolehkan kita berjumpa ramai orang selain drpd isi rumah kita. bekerjalah utk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Tiada ulasan: