Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Rabu, Ogos 11, 2010

Masa Di Bulan Ramadan

pada awal ramadan, masa terasa amat lambat berlalu. pada hari pertama terasa seolah2 lambatnya nak berbuka (bagi yg tak tahan lapar dan dahaga). setelah berbuka terasa masa amat singkat untuk menikmati makanan dan minuman berbuka sebelum berterawih.

bagi yg bekerja, ramai yg awal ke pejabat. ramai muslimin dan muslimat akan ke pejabat awal, seawal sebelum pukul tujuh kerana setelah sahur, terus subuh dan ke pejabat. bagi yg mendapat peluang waktu anjal bekerja, pada bulan ini ramai yg pilih waktu bekerja diantara 7.30pagi - 4.30petang.

di pejabat sebenarnya akan terasa kita punya banyak masa. masa dijimatkan kerana tidak keluar sarapan,minum pagi,makan tengahari dan minum petang. masa juga dijimatkan dan lebih banyak masa utk bekerja kerana kurang masa digunakan utk berborak kosong. kerja lebih berfokus, cepat dan tepat.

seboleh2nya kita ingin masa yg lebih drpd 24jam sehari dlm bulan ramadan utk membolehkan kita membuat pelbagai ibadah dan mendapat pelbagai nikmat dr Allah. solat di awal waktu turut memberi masa tambahan utk kita lakukan perkara2 lain. dan akan ramai juga cepat ke masjid pada hari jumaat utk mendapat rahmat Allah yg berganda2 pada bulan ini.

Tiada ulasan: