antara tugas saya adalah sbg pegawai pengiring. mengiring pelajar. mengiring pegawai. saya berasa kekok jika saya diiring. sebab kebiasaan saya akan mengiring orang lain.
alhamdulillah, staf saya di ined bersetuju menjadi pegawai pengiring utk program peers di hulu langat. sudah dua kali beliau menjadi pegawai pengiring. sudah dua kali beliau diminta (diarahkan?) oleh saya pada saat2 akhir. maklumbalas beliau kpd saya,'seronok cebad apabila dpt menjadi pegawai pengiring kpd peers'. itu yg saya harapkan. dan saya harap beliau tidak akan serik2.
program pelajar perlu sekurang2nya seorang pegawai pengiring. ttp jika prgm luar pintu (outdoor)memerlukan lebih drpd satu pegawai pengiring. prgm luar pintu lebih memenatkan kpd pegawai pengiring secara mental dan fizikal. maka keperluan kpd lebih drpd seorang peg pengiring.
perkataaan mengiring drpd perkataan dasar iring. maka kita iring atau ikutserta. bukannya kita mengiring di atas tempat tidur atau di atas tikar semasa pelajar menjalankan program mereka. juga, kita bukannya mengiring ahli keluarga kita semasa prgm pelajar. amanah kita kpd pelajar, bukannya kpd keluarga kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan