Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 05, 2010

Perfectionist

Ada yg mengatakan saya ini seorang perfectionist. ada spek tektentu yg perlu dipatuhi. ada iso yg mesti diikuti. ada senarai semak perlu dipenuhi. terlampau memilih. mcm2 lagi. terlampau skima.

saya bukan seorang perfectionist. sbg seorang manusia, hamba Allah, saya bukan seorang sempurna. mesti ada kekurangan. ada kelemahan. mungkin dulu ada terasa seorang yg 'among the best'. kami dilatih supaya berfikiran sedemikian. supaya mempunyai daya keyakinan yg tinggi.

dalam kehidupn ada pasang surut. setiap manusia ada masa berada di puncak, ada masa di lurah yg amat dalam. jika kita pernah merasa kedua2nya,maka kita tahu kita bukan seorang yg sempurna. dan menjadi ingatan dan pengajaran untuk sentiasa beringat2. bukan terlampau berhati2. tetapi membuat keputusan seelok2nya dgn 'calculated risk'.

maka sebarang celaan, kemarahan yg diterima, dilemparkan adalah sebenarnya petunjuk 'ego-defense mechanism'oleh mereka yg melakukan celaan, kemarahan. seelok2nya, kita tersenyum memikirkan kekurangan ilmu mereka ini. adakalanya mereka yg sebelum ini memberi arahan kpd budak2 yg takut membantah tidak dapat menghadapi bhw sebenarnya ilmu mereka selama ini hanyalah sedikit shj. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui. kita tiada hak untuk berkelakuan sombong di dunia milikNya.

Tiada ulasan: