Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 13, 2010

Kreativiti, Inovasi dan Pendidikan

Apakah beza diantara seorang pensyarah dan seorang cikgu? banyak jawapannya. antara yang utam cikgu akan diminta mengajar matapelajaran yg mungkin bukan asas kelayakannya. seorang pensyarah sepatutnya mengajar mengikut asas kelayakannya. contoh, graduan perakaunan mestilah mengajar subjek berkaitan perakaunan sebab dipelajari asas perakaunan dan tahap2 lain perakaunan semasa sarjana muda. jika tiada asas dlm perakaunan bgmana nak berkongsi ilmu dlm perakaunan dgn pelajar perakaunan?

selain drpd mengajar banyak lagi perlu seorang pensyarah lakukan. maka masa seorang pensyarah tidak sepatutnya terikat kpd masa pejabat 8pagi-5petang. masa berikut iaitu mempunyai waktu yang terikat pada setiap hari akan memberi kesan kpd pelanggan utama seorang pensyarah, iaitu pelajar. sekarang ada kekangan drpd ruang untuk digunakan bersama diantara pelajar dan pensyarah. maka kuliah tidak dpt diadakan diantara jam 8pagi hingga 5ptg shj.

kerja seorang pensyarah bukan spt kerja di pejabat biasa. membaca adalah perlu. mengikuti kursus adalah perlu. ianya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan 'keep up to date with latest development' berkaitan kursus dikongsi dgn pelajar. pensyarah yg baik juga perlu mempunyai pengalaman dlm bidang berkaitan kursus dikongsi dgn pelajar. maka seorang pensyarah perakaunan seeloknya mempunyai pengalaman bekerja di bidang perakaunan. jika seorang pensyarah perbankan hanya berpengalaman dikaunter shj tidak cukup utk menterjemahkan kandungan kursus berkaitan pengurusan perbankan.

kebebasan masa yg tidak terikat kpd waktu pejabat kecuali memenuhi masa minima keberadaan di organisasi adalah utk membolehkan seorang pensyarah meningkatkan kreativiti, inovasi untuk pendidikan bidang diceburi. dan kreativiti dan inovasi selalunya tidak berlaku dlm 'kotak'. kita perlu 'think ou of the box'.

Tiada ulasan: