Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 20, 2010

Berbuka Puasa

pada asalnya saya bercadang utk berbuka dgn seorang sahabat dan isterinya pada hari ini. tetapi oleh kerana saya cuti hari ini, maka saya tangguhkan ke minggu hadapan. insyaallah, acara berbuka puasa tahunan bersamanya akan diteruskan.

kebiasaan juga pada bulan puasa ni, saya sekeluarga akan bergilir2 berbuka puasa d rumah adik beradik mak saya. tetapi tahun mungkin tidak. antara sebab utama adalah nenek yg tidak sihat dan berada di rumah seorang drpd makcik saya. jadi hujung minggu pada ramadan tahun ini berbeza dgn ramadan di tahun2 lepas.

insyaallah esok ada majlis berbuka puasa di rumah saya. beberapa ahli keluarga telah dijemput. bukan semua dijemput sebab rumah kecil. dan bukan semua yg dijemput dapat datang kerana ada hal masing2. walau bagaimana pun, apabila dikira tadi, hampir 30orang juga. masih tetap ramai untuk rumah kecil.

sejam tadi saya dimaklumkan ada majlis berbuka puasa di uic, pusat antarabangsa uitm. akan ada pelbagai juadah dari pelbagai negara. dukacita saya maklumkan saya tak dapat hadir sebab saya cuti. tiada rezeki saya utk merasa masakan dari luar negara. insyaallah di lain kali, jika dipanjangkan umur.

Tiada ulasan: