Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 15, 2010

Bojeng

bojeng ada kaitan dgn gonjeng. bojeng bermaksud 'hairstyle'. ianya perkataan kelantan. dan di bulan mulia ini akan ramai prihatin bojeng masing2. lelaki dan perempuan (termasuk yg bertudung).

bagi saya berbojeng adalah dgn ke kedai gunting rambut. dahulunya sebelum tinggal di subang jaya, saya akan berbojeng di kedai gunting pakcik rahman, di seksyen 16 petaling jaya. kedai ni dekat kawasan perumahan orang besar2 kerana rumah2 besar2. tetapi sudah lama saya tak kedai pakcik rahman. kali terakhir ke sana beberapa tahun yg lepas. dan bukan lagi pakcik rahman yg akan membojengkan saya. sekarang hanyalah pembantu beliau (tak ingat nama). pakcik rahman tak mampu menjalankan profesion sbg tukang gunting rambut krn angin akhmar.

sekarang ramai tukang gunting adalah bangsa india. saya akan ke kedai gunting berhampiran dgn rumah aje. hendak ke pj kena ambil kira kos minyak, masa dan kemungkinan kedai tutup. kos gunting rambut sekarang rm11 dewasa. pernah saya berbojeng di kelantan aje. kos rm5 aje. tapi selalunya saya berbojeng di sini dahulu. elak bila balik kampung, kedai mungkin tutup atau pelanggan terlalu ramai menyebabkan niat berbojeng mungkin tak tercapai.

Tiada ulasan: