Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Khamis, Ogos 26, 2010

Sahabat Semasa Senang & Susah

alhamdulillah, tadi berbuka puasa dgn sahabat2 yg telah dikenali 3dekad. tiada perancangan pada asalnya utk kami berbuka bersama pada hari ini. kami sepatutnya berbincang tentang rancangan berbuka puasa pada minggu depan. tetapi pada jam 4ptg, sahabat saya mengajak saya dan mana2 sahabat lain yg sudi utk berbuka dgnnya pada hari ini.

maka saya pun menghubungi sahabat2 lain yg boleh ikut sama. alhamdulillah 3orang dapat hadir sama. tetapi tempat berbuka belum di'book'lagi. apabila sahabat saya tiba di pejabat saya, kami setuju utk terjah aje ke hotel concorde.jika ada rezeki kami, kami berbuka di situ,walau pun ketika ditelefon utk booking, kami dimaklumkan telah 'fully booked'.

setiba di hotel, alhamdulillah, kami dpt tempat utk berbuka. dan sahabat2 lain dihubungi utk mengesahkan tempat berbuka. setelah waktu berbuka, saya dapati banyak juga meja yg ditempah awalnya tiada dihuni. kami selesai pada 9.30mlm.

terima kasih kpd sahabat yg sudi memberi kami rezeki berbuka hari ini. saya doakan semoga beliau dan sahabat2 lain akan sentiasa mendapat rezeki yg halal drpd Allah.

Tiada ulasan: