Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Selasa, Ogos 17, 2010

Gerimis Semalam

gerimis semalam boleh bermaksud gerimis yg berlaku pada malam hari sebelumhari ini.ianya juga boleh bermaksud gerimis sepanjang malam. dan ianya juga adalah sebuah lagu nyanyian sheila majid.

bagi yg minat ber'camping' gerimis ataupun hujan adalah dugaan. jika hujan pada siang hari boleh mengganggu aktiviti di siang hari spt treking dan memasak.jika gerimis di malam hari bole diterima dgn gembira kerana akan menyejukkan keadaan dlm khemah. tetapi jika hujan berterusan dan lebat boleh mengganggu kita yg berkhemah kerana risau mungkin akan menyebabkan air sungai naik dan melimpah. jika ini berlaku,kemungkinan khemah perlu dipindah ke tempat lebih tinggi dan selamat. dan kita juga akan risau kemungkinan ranting2, dahan2 atau batang2 pokok akan jatuh ke atas khemah kita.

lagu gerimis semalam menceritakan kedukaan penyanyi tentang kehilangan orang yg dikasihinya. 'gerimis pun reda, angin syahdu bawa berita...'. saya meminati lagu ini yg mula dinyanyikan pada tahun 1980an. saya masih mempunyai kaset asli yg mengandungi lagu ini.

gerimis atau hujan, terimalah dgn positif. anggaplah ia sebagai rahmat drpd Allah. ianya menyamankan suasana malam. dan di bulan ramadan ini, jika boleh beribadatlah lebih sedikit di sebelah malam. kalau boleh juga, sebelum bersahur.

Tiada ulasan: