Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Isnin, Ogos 30, 2010

Musang di Shah Alam

petang semalam dlm perjalanan pulang ke rumah dr uitm, saya singgah di rumah saudara saya di sek3. utk menghantar kiriman drpd ibu saya. dah lama saya tak singgah di rumah tok saudara saya tu. semasa saya pelajar diploma pada 80an, saya biasa singgah ke rumahnya.

di jalan sebelum sampai ke rumah saudara saya, saya terpandang bangkai seekor binatang. pada mula2nya saya andaikan seekor kucing. tetapi bila hampir dgn bangkai tersebut, jelas drpd corak bulu dan kepalanya, ianya adalah bangkai seekor musang. ini bermakna masih ada musang di shah alam. mungkin berasal drpd bukit cerakah? atau drpd ladang kelapa sawit yg sekarangnya dah jadi sek7 shah alam? semasa di rumah lama di sek ss19 subang jaya beberapa tahun yg lepas, saya telah melihat sekeluarga musang meniti talian telefon di belakang rumah saya.

jika ada yg berminat, bolehlah dilakukan kajian jenis2 binatang liar yg terdapat di bandaraya spt shah alam dan subang jaya. bandaraya2 ini asalnya adalah ladang kelapa sawit. apabila di fsr, kadang2 kedengaran kokokan ayam dari bukit berhampiran.

Tiada ulasan: