Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Jumaat, Ogos 13, 2010

Pengiktirafan

Pengiktirafan bermaksud diterima ramai atas usaha dan hasil kita. kelayakan akademik tahap sijil dan diploma dalam perakaunan bermaksud kita telah penuhi syarat2 utk membolehkan kita diiktiraf berilmu asas dlm perakaunan. tahap sarjana muda dan sarjana bermakna kita diiktiraf berpengetahuan dlm bidang tertentu pada tahap lebih tinggi drpd tahap asas. kelayakan tahap phd atau sarjana kedoktoran bermakna kita boleh dianggap sebagai pakar dlm bidang tersebut. pengetahuan adalah sangat mendalam.

tetapi mempunyai kelayakan akademik dlm sesuatu bidang tidak semestinya bermakna ilmu dipelajari atau didapati dpt dikongsi dgn orang lain. ada yg sanggup melakukan ketidakjujuran utk memperolehi kelayakan akademik. sedihnya jika mereka yg tidak jujur ini dipilih dan dilantik sebagai pengajar dlm bidang tertentu di ipt. namabaik institusi dan kelayakan akademik pelajar mereka boleh dipertikaikan.

pensijilan iso adalah pengiktirafan bahawa badan pensijilan mengiktiraf tahap organisasi dlm proses atau sistem tertentu menepati piawaian. bagi ipt ia bermakna bhw proses dan sistem kerja di ipt telah menepati tahap yg diterima dlm pengajaran dan pembelajaran.

MQA dan COPIA sekarang mengganti penilaian kualiti iso di uitm. dlm copia ada menyebutkan bhw ipt bertanggungjawab memilih pensyarah menepati bidang akademik utk program dan kursus. maka jika ada ipt yg mempunyai tenaga pengajar yg tidak tepati mqa dan copia mcmana?

Tiada ulasan: