Mengenai Saya

Foto saya
focus on financial statements and cash budgeting, counseling - stress management, burn out, job satisfaction, motivation, quality management system - iso 9001:2008, leadership, entrepreneurship, university-industrial-community-alumni development, risk management

Ahad, Ogos 22, 2010

Kad Raya

saya biasa terima kad raya drpd keluarga dan kawan2. ada juga drpd para pelajar dan bekas pelajar saya. tapi sehingga kini, utk 2010 belum lagi dpt kad raya. sebabnya trend sekarang adalah mengirim salam syawal melalui sms ataupun emel shj. lebih cepat dan murah.

saya juga sudah jarang (tidak) menghantar kad raya kpd kenalan. jimat. saya akan emel atau sms aje ucapan saya. dan kebiasaaan saya anggarkan sehingga 300sms utk ucapan raya. jadi tahun ini saya akan kurangkan sms dan lebihkan melalui emel. saya juga biasanya paparkan kad raya di kelas utk pelajar saya. senang dan jimat.

dulu2 memang jadi tugas sekeluarga menyedia dan menghantar kad2 ucapan raya. akan ada senarai utk penerima. semasa bapa saya bekerja dgn kerajaan dan juga syarikat swasta, kad2 raya disediakan utknya. semasa sbg pegawai kerajaan, kos penghantaran ditanggung sendiri jika kpd yg tidak terlibat dgn tugas rasmi. maka kami akan membasahkan setem dan penutup sampul. bunyi motor posmen selalunya menandakan adanya kad raya utk keluarga. tetapi sekarang dah jarang kami terima kad raya. kpd kenalan saya, janganlah terkilan jika tiada kad raya drpd saya. yg penting adalah ucapannya.

Tiada ulasan: